Lilypie - Pregnancy

Wednesday, 19 June 2013

Krunchy Karamel Almond

Salam semua... 

- Assalamualaikum wbt -

Dah lamanya tak update status terkini, huhu..banyak sebenarnya yg dah ada dalam draft, tapi tak siap² lagi nak publish. Sibuk sikit sekarang ni, sibuk menonton tv. banyak betul cerita² best sekarang, aku penonton setia drama melayu skang, aku ajak sekali laki aku tengok drama tu. huhu.. yg terpaling terbest mestilah Sebenarnya Saya Isteri Dia. pastu tiap² hari kul 7.00 mlm tengok Teduhan Kasih lagi. 



Aku tak tengok dari mula teduhan kasih ni, jadi aku khatam episod 1-8 hari Jumaat malam sabtu ritu, dari jam 3.00-5.30 pagi..semangat tak...pastu sambung keesokan hari dari episod 9-berapa tah. puas ati..hehehe



Walaupon aku ni bukannya peminat Adi Putra, nasib baik heroin bukan Nora Danish. Aku tak minat dorang ni berlakon sama², over ja tengok. Eh, salah cerita lak!

Ramai kan yang dah kongsi tentang makanan yg sedap dan rangup dan enak dan tak leh berenti makan ni, namanya KRUNCHY KARAMEL ALMOND. Kalau jual kat fesbuk ni, sebalang berat 200g RM25.00. aku tingin gak nak beli, tp penjual tu kata takut hancur pos kat Sabah ni. Jadi aku cari resepi di azlitamasammanis.

Tepung Florentine


ok, resepi ni menggunakan TEPUNG FLORENTINE, banyak dijual di kedai² bahan kek. Kalau orang sabah, boleh cari di CONSFOOD, nama BIENNETTA FLORENTINE MIX, ada jual sana. Sebungkus berat 600g, harganya RM26.60. Boleh buat banyak kali. Macam aku buat kali pertama, guna 200g sahaja tepung, dah boleh dapat 4-5 dulang.


RESEPI KRUNCHY KARAMEL ALMOND
200g tepung florentine
100g almond flakes
70g kuaci
80g badam panjang
80g walnut

Cara-cara:
Bakar kacang² dalam oven selama 10 minit.
lapiskan dulang dengan kertas alas
Gaul semua sekali tepung dn kacang²
tuang tepung nipis² dalam dulang, lagi nipis lagi sedap
Bakar api atas bawah 150 darjah selama 10 minit atau kurang.
*Jangan sampai perang, cukup sampai tepung mencair keseluruhan .
Potong semasa masih panas, tanggalkan dari kertas alas.
Simpan dalam bekas kedap udara.



 Senangkan, jomla cuba buat ramai². Kalau susah nak cari tepung ni beli je online kat sini
Kalau ada yg nak pesan kat saya pon boleh ja, emel ja ke nizasri@gmail.com  

===============================================
Kelebihan badam
  •  mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
  • menghalang kegemukan (obesiti)
  • meredakan dibetes
  • menghalang osteoprosis
  • mengelakkan kecacatan bayi dalam kandungan
  • mengurangkan risiko pelbagai penyakit
  • kurangkan risiko kanser servik
  • cepatkan tahap intelektual
  • membantu menghalang batu karang
  • baik untuk kulit
 





 Photobucket

No comments :

Post a Comment

Sweet Family

Sweet Family
Aqil Haziq* Abah* Ibu* Adham Hafiy

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik