Lilypie - Pregnancy

Sunday, 6 May 2012

Resepi: Puding Roti dengan Sos Custard

Assalamualaikum.,.
Datang dah bulan mei kan, cepat betul masa berlalu, dah nak dekat setengah tahun. Bulan ni birthday husband, tengah pikir ni apa benda nak kasi hadiah tahun ni.. orang perempuan memang macam tu kan, yg remeh-temeh tu la yg dianggapnya penting kan ;)

hari ni hujan, balik dari Hari Armada tadi, terus beli nasi tapau, jadi lunch tak masak ler ;) jadi bila ari menganjak asar, perut bunyi2, mana best makan nasi kedai, nanti nak makan 2nd round mana ada dah ;p hehe
jadi godek2 dapor ada roti potong, apa lagi jadilah puding roti bersama kuah kastard.
Gambar ada satu ni je :


Puding Roti dengan sos kastard

Bahan-bahan Puding roti:
  • 8 keping roti potong putih
  • 500ml susu segar
  • 3 sb gula
  • 2 sb mentega dicairkan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit serbuk kayu manis (optional)
  • sedikit serbuk buah pala (optional)
Cara-cara:
- roti dicarikkan atau dipotong 4, buang kulit keras di tepi
- rendam dlm loyang bersama susu segar, ketepikan.
- gaul hingga sebati bahan2 lain.
- tuang dalam loyang roti
- bakar 180 darjah selama 30 minit atau sampai masak

Bahan-bahan Sos kastard:
  • 1 tin susu cair
  • 2  sudu tepung jagung
  • 2 sudu gula
Cara-cara:
- masak atas api kecil hingga pekat.

itu je, senang kan..sangat sedap dimakan dengan secawan teh ;)

Selamat mencuba!

 Photobucket

No comments :

Post a Comment

Sweet Family

Sweet Family
Aqil Haziq* Abah* Ibu* Adham Hafiy

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik