Lilypie - Pregnancy

Friday, 11 May 2012

Membuat lulur sendiri

Ohh!! Saya sangat suka melulur..rasanya itulah aktiviti paling nyaman sekali, lepas je bilas rasa macam sayalah wanita berkulit paling cantik di dunia ;) owh..perasan yg sangat overr

Dari belasan tahun lagi saya melulur, dulu beli je Lulur bunga rambai, macam gambar kat bawah atau pon yg bungkus ijau nama bunga tanjung.



Ingat lagi dulu kalau pakai yg ini mak bising sebab baunya boleh menusuk seisi rumah..tapi dengan syok sendiri dan takder perasaan tonyoh jugak dlm bilik air tu... hihi

Sekarang macam dah malas, kulit pon menggerutu je, nak pi spa malas lak..buat sendiri best sebab kita lebih tau badan sendiri, kat tempat mana nak sental kuat, sental pelan..kan kan..

Lulur ni pon boleh buat sendiri, contohnya lulur kopi.
** Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara perlahan. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.
** lulur kopi dipercayai dapat mencerahkan kulit.

Tapi kalo tak suka lulur kopi sebab hitam, try test ini pulak lulur beras
** ambi segenggam beras, jemur di tengah matahari sehingga betul2 kering. kisar halus beras dan kemudian campur dengan beberapa titis minyak bayi.
** sangat best sebab memang kulit rasa sangat licin dan halus.

Yang lain-lain ada lgi contohnya lulur kunyit,  juga bagus untuk kulit.

Ok, selamat mencuba!!

 Photobucket

No comments :

Post a Comment

Sweet Family

Sweet Family
Aqil Haziq* Abah* Ibu* Adham Hafiy

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik